Thursday, February 13, 2020

Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2020 Edisi Ke-8

Kejohanan Catur Terbuka KUSESS edisi Kelapan (2020) tinggal kira-kira dua minggu lagi. Sudahkah anda atau anak-anak anda mendaftar?

Surat Jemputan:

Surat Jemputan 

Surat Jemputan 

Surat Jemputan 

Surat Jemputan 


Banyak hadiah menarik seperti Juara bagi acara Berpasukan sebanyak SERIBU RINGGIT


Hadiah Acara Individu

Hadiah Acara Berpasukan

Hadiah Blitz Open


Jika belum, sila ke pautan berkaitan seperti berikut:


Acara Individu

Individu Bawah 9 Tahun
https://tinyurl.com/KusessIndividualUnder9

Individu Bawah 12 Tahun

Individu Bawah 15 Tahun

Individu Bawah 18 Tahun

Individu Open


Acara Berpasukan

Berpasukan Bawah 12 Tahun

Berpasukan Bawah 15 Tahun

Berpasukan Bawah 18 Tahun

Blitz Open


Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16hb Februari 2020.


Tuesday, April 3, 2018

Pemenang Utama Catur KUSESS 2018

Selasa, 3/4/2018

Kejohanan Catur KUSESS 2018 baharu sahaja selesai dua hari lepas. Kejohanan dua hari itu telah diadakan di Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai KUSESS.

ACARA INDIVIDU

Acara Individu telah berlansung pada hari pertama iaitu Sabtu, 31/3/2018. Seramai 192 pemain telah menyertai acara Individu Bawah 12 Tahun (B12). Tahun lepas, jumlah peserta bagi kategori U12 adalah seramai 162. Ini bermakna pada Edisi Keenam kali ini jumlah penyertaan bertambah seramai 30 peserta.

Manakala acara Individu Bawah 18 Tahun (U18) pula telah disertai oleh 520 orang peserta.

Pada edisi 2018 kali ini, satu kategori bagi Acara Individu telah ditambah iaitu Acara Individu terbuka. Acara ini telah berjaya menarik 70 orang peserta termasuk dua International Master (IM) dan dua Woman Fide Master (WFM).

Ini bermakna, secara total seramai 782 orang pemain catur telah menyertai Acara Individu Kejohanan Catur KUSESS 2018. Bagi Edisi 2017, jumlah peserta bagi Acara Individu adalah seramai 695 orang. Pertambahan jumlah peserta bagi Edisi 2018 adalah seramai 87 orang.

Siapakah yang muncul sebagai juara bagi setiap kategori?

Keputusan penuh bagi acara Individu boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12 (Sekolah Rendah)
http://chess-results.com/tnr342864.aspx?lan=1&art=4&flag=30

Acara B18 (Sekolah Menengah)
http://chess-results.com/tnr342865.aspx?lan=1&art=4&flag=30

Acara Terbuka
http://chess-results.com/tnr342863.aspx?lan=1&art=4&flag=30

Juara Acara Individu B18 (Sekolah Menengah)
Puteri Munajjah Az Zahra Binti Azhar (SMK Seri Bintang Utara)
(sumber: FB Noor Seroja)


ACARA BERPASUKAN

Acara Berpasukan pula telah diadakan pada hari Ahad, 1/4/2017. Sebanyak 41 pasukan telah bersaing dalam acara B12 (Sekolah Rendah) manakala sebanyak 144 pasukan pula bertanding bagi kategori B18 (Sekolah Menengah). Secara matematiknya, seramai 740 (41 x 4 + 144 x 4) pemain catur telah menyertai Acara Berpasukan di Kejohanan Catur KUSESS 2018. Pasukan manakah yang telah menjadi juara dan menjadi pemenang utama?

Keputusan penuh bagi acara Berpasukan boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12 (Sekolah Rendah)
http://chess-results.com/tnr343068.aspx?lan=1

Acara B18 (Sekolah Menengah)
http://chess-results.com/tnr343368.aspx?lan=1

Juara Acara Berpasukan B12 (Sekolah Rendah)
Pasukan SKBD 1
(sumber : FB Emran Mohd Tamil)

Tuesday, March 6, 2018

Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2018 Edisi Ke-6

Sudahkah anda bersedia untuk Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2018 yang merupakan Edisi Ke 6? Sudahkah anda mendaftar?

flyer 1 - info penting

flyer 2 - struktur hadiah

Monday, March 13, 2017

KRU Arbitor Kejohanan Catur KUSESS 2017 Edisi Ke 5

Kru arbitor Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2017 adalah seperti dalam foto berikut bersama Tuan Pengetua KUSESS (SM Sains Kuala Selangor).

Kru Arbitor KUSESS Chess Open 2017

Dua orang alumni KUSESS merupakan sebahagian daripada kru. Mereka adalah Noor Azam Mohd Noor dan Nur Najiha Azman Hisham. Mereka berdua merupakan alumni 2012 - 2016 dan sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang dijangka keluar pada 16/3/2017.

Pemenang Utama Catur KUSESS 2017


Isnin, 13/3/2017

Kejohanan Catur KUSESS 2017 baharu sahaja selesai semalam. Kejohanan dua hari itu telah diadakan di Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai KUSESS.

ACARA INDIVIDU

Acara Individu telah berlansung pada hari pertama iaitu Sabtu, 11/3/2017. Seramai 162 pemain telah menyertai acara Individu Bawah 12 Tahun (B12). Manakala acara Individu Bawah 18 Tahun (U18) pula telah disertai oleh 533 orang. Ini bermakna, seramai 695 pemain catur dari lebih 50 buah sekolah dari seluruh negara telah menyertai Acara Individu Kejohanan Catur KUSESS 2017. Siapakah yang muncul sebagai juara bagi setiap kategori?

Keputusan penuh bagi acara Individu boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12

Acara B18



ACARA BERPASUKAN

Acara Berpasukan pula telah diadakan pada hari Ahad, 12/3/2017. Sebanyak 34 pasukan telah bersaing dalam acara B12 manakala sebanyak 145 pasukan pula bertanding bagi kategori B18. Secara matematiknya, seramai 716 (34 x 4 + 145 x 4) pemain catur telah menyertai Acara Berpasukan di Kejohanan Catur KUSESS 2017. Pasukan manakah yang telah menjadi juara dan menjadi pemenang utama?

Keputusan penuh bagi acara Berpasukan boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12

Acara B18


Pemenang Utama Acara Berpasukan B12

Pemenang Utama Acara Berpasukan B18


Saturday, March 11, 2017

KEJOHANAN CATUR KUSESS 2017 Edisi Ke 5

Chess Score keepers yang berjaya :)

                                                      Perlawanan sedang berlansung

Para peserta CATUR KUSESS Edisi 2017


Para petugas penuh semangat sebelum kejohanan bermula
                                               
             

Kesimpulannya, kita mestilah tekun ketika melakukan sesuatu perkara agar kita berjaya memperoleh keputusan yang terbaik

Sebahagian krew Catur KUSESS 2017

Kuaaaaalaaaaaa Selaaaaaangor Peach y'all 

Monday, January 30, 2017


Kejohanan Catur Terbuka KUSESS Edisi 2017 akan berlansung kira-kira enam minggu dari sekarang. Lebih tepat lagi, ia akan diadakan pada 11hb dan 12 hb Mac 2017. 


Masih banyak masa untuk berlatih dan bersedia untuk kejohanan catur Edisi Kelima ini.