Sunday, May 11, 2014

Foto Galeri 1


Sebelum Pusingan Pertama Mula

kategori Sekolah Rendah

Pemain2 tidak sabar menunggu kejohanan bermula

venue kejohanan - Dewan Prima


Ucapan Ringkas Pengetua Mulakan Kejohanan Catur KUSESS 2014


Pengetua cemerlang SM Sains Kuala Selangor atau KUSES, Dr Rosnah, memberi sepatah dua kata sebelum Kejohanan Catur KUSESS bermula. 

Di hari pertama pada Sabtu, 10hb Mei 2014 acara Berpasukan telah diadakan. Hanya dua kategori yang dipertandingkan iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah. 

Sebanyak 50 pasukan bertanding dalam kategori sekolah rendah. Manakala kategori sekolah menengah pula disertai oleh 86 pasukan. 


Dr Rosnah, Pengetua Cemerlang KUSESS

Wednesday, May 7, 2014

SJKC (P) Pulau Pinang Hantar Lima Pasukan


SJKC (P) Pulau Pinang menghantar lima (5) pasukan dan dua puluh (20) orang pemain untuk bertanding di Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2014 Edisi Kedua yang bakal diadakan Sabtu dan Ahad ini. Pada Edisi Pertama Julai tahun lepas, pasukan catur sekolah ini telah muncul sebagai Juara dalam kategori Sekolah rendah (Bawah 12 Tahun) [gambar bawah].

Mampukah SJKC (P) Pulau Pinang mempertahankan kejuaraan tersebut tanpa Wira dan Wirawati Catur mereka iaitu Teh De Juan dan Teh De Zen? Atau adakah mana-mana pasukan yang bisa menggugat kehebatan pasukan catur SJKC (P) Pulau Pinang?

Sama-sama kita tunggu ...

Pengetua Cemerlang KUSESS, Dr Hajjah Rosnah Bt Selamat, meyampaikan piala kepada Juara Berpasukan kategori Sekolah Rendah

Aktiviti Menarik Di Kuala Selangor


Kepada peserta dan pengiring Kejohanan Catur Terbuka KUSESS, mungkin beranggapan tiada aktiviti menarik di Kuala Selangor. Anggapan ini silap sebenarnya. Berikut disenaraikan beberapa tempat menarik untuk dilawati.

1. Bukit Melawati - Salah satu tempat bersejarah di Negeri Selangor.

http://www.mdks.gov.my/web/guest/bukit-melawati




2. Kelip-kelip Kampung Kuantan - Sungguh damai dan tenang menyelusuri Sungai Selangor dengan sampan sambil menyaksikan kelip-kelip yang hinggap di pohon Berembang mengeluarkan cahaya.



3. Aroma Ikan Bakar, Jeram - Setelah berhempas pulas bersaing di papan catur, boleh enjoy makan seafood di Restoran Aroma Ikan Bakar. Bacalah blog2 berikut jika nak tahu lebih lanjut.




4. Warung Soto Pasir Penambang - Jika anda penggemar soto, jangan lepas peluang untuk mencuba soto Pasir Penambang. Orang cakap sedap. tak caye, check out blog berikut.



5. Cendol Bakar - Terkezzut tak bila dengar Cendol Bakar? Siap ada Drive-through lagi.



6. Cendol Borhan - Famous Kuala Selangor ni dengan cendol kan? 


Wira Wirawati Catur KUSESS


Wira Wirawati Catur Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) telah bersiap sedia menyahut cabaran lebih dari 250 pemain catur yang akan bersaing dalam acara Rapid Individu Sekolah Menengah (kategori Bawah 18 Tahun) Ahad ini.

Mereka terdiri dari Muhammad Irfan Haqqim Bin Azhar, Anis Fariha Binti Saleh, Muhammad Noor Azam Bin Mohd Noor, Nur Najiha Binti Azman Hisham dan Puteri Rifqah Fahada Binti Azhar. Kelima-lima pelajar KUSESS ini merupakan sebahagian dari kontinjen catur MSS Negeri Selangor yang bertanding di Kejohanan Catur MSSM di Kuching, Sarawak pada bulan Mac yang lalu. 

(dari kiri) Azam, Anis, Irfan, Najiha dan Rifqah
Berjayakah mereka mengibarkan bendera KUSESS di kejohanan ini menaiki podium sebagai pemenang? Berjayakah mereka menewaskan pencabar-pencabar dari sekolah lain?

27 Pasukan Catur KUSESS Menanti Cabaran Di Kejohanan Catur Terbuka KUSESS Berpasukan


Pasukan Catur KUSESS BERLIAN yang dianggotai Irfan Haqqim, Nur Najiha, Puteri Rifqah Fahada dan Noor Azam akan mengetuai 27 pasukan catur SM Sains Kuala Selangor dalam Kejohanan Catur Terbuka KUSESS Edisi kedua yang akan berlansung pada hari Sabtu, 10hb Mei ini. 

Pasukan ini telah menjuarai Edisi pertama acara Sekolah Menengah pada tahun lepas. Pasukan manakah yang bakal mencabar Pasukan KUSESS BERLIAN nanti? Sama-samalah kita tunggu dan nantikan.

Pasukan Catur KUSESS BERLIAN

Thursday, May 1, 2014

Kejohanan Catur KUSESS 2014 Edisi Kedua


Kejohanan Catur KUSESS Edisi kedua akan diadakan pada 10hb dan 11hb Mei 2014. Dijemput semua pemain catur yang bersekolah di seluruh Malaysia untuk sertai samada event Berpasukan atau Individu.