Sunday, October 25, 2015

KUSESS BERLIAN JUARA LAGI

Sabtu, 24/10/2015

Pasukan catur KUSESS BERLIAN sekali lagi dinobatkan sebagai Juara bagi acara Berpasukan Sekolah Menengah di Kejohanan Catur Terbuka KUSESS Edisi ke 3. 

Sebanyak 53 pasukan telah bertanding kali ini. 

Pasukan catur KUSESS BERLIAN 2015

Pasukan catur KUSESS BERLIAN terdiri daripada Anis Fariha Saleh, Nur Najiha Azman Hisham, Muhd Noor Azam Mohd Noor dan Puteri Rifqah Fahada Azhar.

Keputusan Akhir kategori Sekolah Menengah - 10 Terbaik
Klik di sini untuk keputusan lengkap


Pasukan catur KUSESS BERLIAN telah memenangi lima pusingan dan seri satu pusingan. Pasukan tersebut telah mengumpul 11 match point.


Keputusan mengikut pusingan
Dua pemain - Nur Najiha dan Noor Azam, telah berjaya mendapat mata penuh 6/6. Manakala Puteri Rifqah, pemain Papan Keempat berjaya mengumpul 5/6 mata. Sementara Anis Fariha pemain Papan Pertama pasukan yang akan menduduki SPM kurang daripada sepuluh hari berjaya menang 4 dari 6 pusingan.

Pairing mengikut papan

Pairing mengikut papan

Pairing mengikut papan
Pasukan catur BERLIAN KUSESS berjaya menang kesemua papan dalam empat pusingan. Di Pusingan Keempat, pasukan tersebut menang ke atas pasukan SMK Buyong Adil dari Negeri Perak dengan mata 3 - 1. 

Sementara itu, di Pusingan Kelima pasukan dari KUSESS tersebut telah seri 2 - 2 dengan Pasukan CHS A yang diketuai oleh FM Yeoh Li Tian.   

SYABAS & TAHNIAH kepada Pasukan BERLIAN KUSESS!!

Saturday, October 24, 2015

Pemenang Kejohanan Catur KUSESS Acara Berpasukan - Edisi Kedua (2014)


Berikut adalah Juara dan Naib Juara acara Berpasukan di Kejohanan Catur Terbuka KUSESS Edisi Kedua (2014).

JUARA kategori U18 - KUSESS BERLIAN

Naib Juara kategori U18 - SM Sains Selangor
kategori Sekolah Menengah (U18)

JUARA kategori U12 - SK Bukit Jelutong

Naib Juara kategori U12 - SJKC Kwang Hwa PP
kategori Sekolah Rendah (U12)


Juara Kejohanan Catur KUSESS Acara Individu - Edisi Pertama (2013)


Siapa Juara kategori Individu  Kejohanan Catur KUSESS Acara Individu - Edisi Pertama (2013)?

Piala Kejohanan

Teh De Juan - Juara kategori U12 (Sek Rendah)

Nur Najiha Azman Hisham - Juara kategori U18 (Sek Menengah)


Juara Kejohanan Catur KUSESS Acara Berpasukan - Edisi Pertama (2013)


Ingin tahu pasukan mana yang menjuarai Kejohanan Catur Terbuka KUSESS bagi edisi sulung pada tahun 2013?

Banner Kejohanan Edisi Pertama

Juara kategori Sekolah Menegah - KUSESS BERLIAN

Juara kategori Sekolah Rendah - Pasukan Catur SKJC (P) Pulau Pinang 

Dewan PRIMA Kusess

Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2015


Pada hari ini, Sabtu 24/10/2015, Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2015 akan diadakan untuk edisi ketiga. Kejohanan ini akan berlansung selama dua hari iaitu hari ini dan esok. Acara Berpasukan akan dilansungkan pada hari ini manakala acara Individu akan dilansungkan esok.

Pasukan catur KUSESS 2015 akan menunggu kehadiran pasukan-pasukan catur dari sekolah lain untuk mempertahankan kejuaraan. 

Pasukan Catur KUSESS 2015

Pintu Gerbang SM Sains Kuala Selangor

SELAMAT BERTANDING!