Monday, March 13, 2017

Pemenang Utama Catur KUSESS 2017


Isnin, 13/3/2017

Kejohanan Catur KUSESS 2017 baharu sahaja selesai semalam. Kejohanan dua hari itu telah diadakan di Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai KUSESS.

ACARA INDIVIDU

Acara Individu telah berlansung pada hari pertama iaitu Sabtu, 11/3/2017. Seramai 162 pemain telah menyertai acara Individu Bawah 12 Tahun (B12). Manakala acara Individu Bawah 18 Tahun (U18) pula telah disertai oleh 533 orang. Ini bermakna, seramai 695 pemain catur dari lebih 50 buah sekolah dari seluruh negara telah menyertai Acara Individu Kejohanan Catur KUSESS 2017. Siapakah yang muncul sebagai juara bagi setiap kategori?

Keputusan penuh bagi acara Individu boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12

Acara B18



ACARA BERPASUKAN

Acara Berpasukan pula telah diadakan pada hari Ahad, 12/3/2017. Sebanyak 34 pasukan telah bersaing dalam acara B12 manakala sebanyak 145 pasukan pula bertanding bagi kategori B18. Secara matematiknya, seramai 716 (34 x 4 + 145 x 4) pemain catur telah menyertai Acara Berpasukan di Kejohanan Catur KUSESS 2017. Pasukan manakah yang telah menjadi juara dan menjadi pemenang utama?

Keputusan penuh bagi acara Berpasukan boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12

Acara B18


Pemenang Utama Acara Berpasukan B12

Pemenang Utama Acara Berpasukan B18


No comments:

Post a Comment