Tuesday, April 3, 2018

Pemenang Utama Catur KUSESS 2018

Selasa, 3/4/2018

Kejohanan Catur KUSESS 2018 baharu sahaja selesai dua hari lepas. Kejohanan dua hari itu telah diadakan di Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai KUSESS.

ACARA INDIVIDU

Acara Individu telah berlansung pada hari pertama iaitu Sabtu, 31/3/2018. Seramai 192 pemain telah menyertai acara Individu Bawah 12 Tahun (B12). Tahun lepas, jumlah peserta bagi kategori U12 adalah seramai 162. Ini bermakna pada Edisi Keenam kali ini jumlah penyertaan bertambah seramai 30 peserta.

Manakala acara Individu Bawah 18 Tahun (U18) pula telah disertai oleh 520 orang peserta.

Pada edisi 2018 kali ini, satu kategori bagi Acara Individu telah ditambah iaitu Acara Individu terbuka. Acara ini telah berjaya menarik 70 orang peserta termasuk dua International Master (IM) dan dua Woman Fide Master (WFM).

Ini bermakna, secara total seramai 782 orang pemain catur telah menyertai Acara Individu Kejohanan Catur KUSESS 2018. Bagi Edisi 2017, jumlah peserta bagi Acara Individu adalah seramai 695 orang. Pertambahan jumlah peserta bagi Edisi 2018 adalah seramai 87 orang.

Siapakah yang muncul sebagai juara bagi setiap kategori?

Keputusan penuh bagi acara Individu boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12 (Sekolah Rendah)
http://chess-results.com/tnr342864.aspx?lan=1&art=4&flag=30

Acara B18 (Sekolah Menengah)
http://chess-results.com/tnr342865.aspx?lan=1&art=4&flag=30

Acara Terbuka
http://chess-results.com/tnr342863.aspx?lan=1&art=4&flag=30

Juara Acara Individu B18 (Sekolah Menengah)
Puteri Munajjah Az Zahra Binti Azhar (SMK Seri Bintang Utara)
(sumber: FB Noor Seroja)


ACARA BERPASUKAN

Acara Berpasukan pula telah diadakan pada hari Ahad, 1/4/2017. Sebanyak 41 pasukan telah bersaing dalam acara B12 (Sekolah Rendah) manakala sebanyak 144 pasukan pula bertanding bagi kategori B18 (Sekolah Menengah). Secara matematiknya, seramai 740 (41 x 4 + 144 x 4) pemain catur telah menyertai Acara Berpasukan di Kejohanan Catur KUSESS 2018. Pasukan manakah yang telah menjadi juara dan menjadi pemenang utama?

Keputusan penuh bagi acara Berpasukan boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12 (Sekolah Rendah)
http://chess-results.com/tnr343068.aspx?lan=1

Acara B18 (Sekolah Menengah)
http://chess-results.com/tnr343368.aspx?lan=1

Juara Acara Berpasukan B12 (Sekolah Rendah)
Pasukan SKBD 1
(sumber : FB Emran Mohd Tamil)

No comments:

Post a Comment