Friday, May 27, 2016

Jumlah Peserta Kejohanan


Statistik Peserta

Jika anda ingin tahu berapa ramai peserta yang hadir menyertai Kejohanan Catur KUSESS 2016, statistik di atas dari ketua arbitor, Encik Azhar Mohd Said, ada jawapannya. Jumlah peserta tidak termasuk dengan peserta yang tidak bermain sehingga ke akhir pusingan iaitu seramai 71 orang.

Seramai 745 pemain telah menyertai acara Individu yang diadakan pada hari Sabtu, 21/5/2016. Daripada jumlah tersebut, seramai 540 pemain adalah dari kategori Sekolah Menengah atau Bawah 18 Tahun. Manakala, katagori Sekolah Rendah atau Bawah 12 Tahun pula berjaya menarai seramai 205 orang peserta. 

Bagi acara Berpasukan pula, jumlah peserta bagi kedua-dua kategori adalah seramai 664 orang. Penurunan jumlah yang ketara bagi kategori Sekolah Rendah iaitu sebanyak 61 orang, Bagi kategori Sekolah Menengah, sebanyak 130 pasukan telah mengambil bahagian. 

Semoga jumlah penyertaan akan semakin bertambah dalam edisi akan datang. Semoga lebih ramai sekolah yang mengambil serius tentang sukan catur yang sangat banyak faedahnya.

MAJULAH SUKAN CATUR UNTUK SEKOLAH!


No comments:

Post a Comment